Tuesday, June 07, 2011

Baby izz dikala usia 7 bulan

First sekali
mau letak gambar baby Izz


"Mama, izz nak masuk 7 bulan lah"


Hehe ni lah gambar terbaru izz
Sabtu nih genaplah usia izz 7 bulan

jom lihat perkembangan izz setakat ini 

Di ambil dari http://www.babycenter.com.my
  • Melonjak-lonjak - Setakat nih memang suka melonjak-lonjak haihhh kuat plak tuh. kena berhati-hati semasa memangku dia sebab kiter kan bekas operation. setakat nih masih mampu lagik manahan kekuatan tendangan izz. Kalau letak kat walker bukan main suka lagi. melonjak sakan eheh. tapi kitorang tak bagi kaki mencecah lantai. Beli walker yang ada alas dekat bawah. Just untuk bagi dia berdiri saja bukan berjalan. Kan byk walker sekarang yang ada alas kat bawah tuh. Mengikut pakar tak baik anak yang belum pandai berjalan di letakkan dalam walker yang boleh berjalan tuh. Boleh mendatangkan bahaya. Boleh rujuk disini http://drmuna.wordpress.com/2009/12/13/adakah-baby-walker-selamat-untuk-anak-anda-bahagian-2/
  • Belajar memegang - Ya ini sememangnya betul. Tengah dok suap makanan, tangan dia pun sibuk mau pegang sudu. Bagi aja lah. Biar dia mau explore benda tuh." Baju kotor boleh basuh kan mama? " Hamboiii
  • Tumbuh gigi - OooOO yang ni belum lagi. Syukur juga lah. Gigi lambat rosak dan mama boleh BF izz dengan tenang hati. Banyak cerita dari KIM (Facebook), ramai yang mengadu sakit 'N' sebab baby dorang main-main geget masa BF huhuh serammm jek dengar. Izz budak baik kan ? :p
  • Menguji autoriti anda - Setakat nih tak ada pulak dia baling-baling barang. Belum lagi kot. Setakat hempas-hempas barang tuh adalah. Tuh pun memang mainan dia. Memang untuk dihempas keletuk keletung pun hihi. Hanphone , remote control tak ada pulak. Setakat nih masih terkawal so belum boleh lagi to "say no" atas sebab kenakalan nya :)
  • Perasaan tak senang ketika berpisah - Ok yang nih bukan baby izz. Sebenarnya mama dia yang tak senang berpisah. Setiap kali mau hantar izz ke nurseri. Rasa sayu jek. haihhhh tapi yang nih belum lagi la izz. Akan adakah sindrom sebegini. aduh camana lah nak handle nih kalau dia nangis-nangis time hantar ke nurseri. Suruh ayah hantar lah. boleh ka gitu? ehehe macam emo jek nanti hurmmm 
  • Kemahiran mengenal - Yang nih ada perasan gak. Kalau mama dia nyanyi lagu kegemararan dia (Bintang Kecil) mesti dia menoleh dan ketawa. Kadang-kadang tuh kalau mama dia nyanyi ikut tv (GLEE) dia pun bersuara macam nak nyanyi sama. ehehe 
  • Memahami bagaimana objek berhubung kait - Erm yang nih belum lagi lah rasanya sebab izz belum boleh duduk pun main permainan. Cuma perasan yang kalau kita tengok dia melalui cermin. Dia pasti akan menoleh dekat kita balik. Dia tahu dekat cermin tuh cuma imej hihi
  • Patung dan permainan yang menyeronokkan - Yang ni betul nih sebab dulu mainan dia yang bola tuh. Buat tah endah jek. tapi skarang wah mau terloncat-loncat kalau bagi tunjuk bola tuh. 

Rasanya itu saja lah perkembangan izz setakat nih

ok lah 

tata
tapi 



sebelum 
tuh





taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


izz dah pandai baca menu lah haiiiyohhh

0 orang jalan-jalan di blog:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...